AKRAB & PENTAS...saling melengkapi

HomePengembaraan sebuah kumpulan teater terpencilApr 13, 2006
Pada tahun 1998, sekumpulan remaja yang bosan dengan aktiviti malam yang kosong, telah berkumpul di sebuah kedai sekitar stadium Alor Star. Lalu tercetus lah AKRAB.
Ahli silih beranti, datang dan pergi namun
AKRAB masih tetap aktif dan sesuai denngan namanya...masih tetap AKRAB. Bermula dengan ahli ahli yang terlalu muda dalam bidang teater, Akrab telah puas di cemuh dan di ejek. Namun perjalanan harus diteruskan. Akrab mendaki sedikit demi sedikit dari juara rumah ke juara kampung, dari juara kampung ke juara negeri, dari juara negeri ke juara kebangsaan. Maka benarlah kata mereka “ kita hanya mampu melihat bintang jika berada dalam kegelapan”.Namun bukan kejuaran yang dicari tetapi kepuasan dalam memberi.
AKRAB tidak pernah merasa besar malah AKRAB lebih selesa dikenali seperti dahulu. Usaha nya besar tapi minta nya sedikit.
AKRAB masih mahu bersama anda untuk sama sama memperjuangkan teater tanah air. Marilah bersama kami untuk kita sama sama terus bekarya dengan sejujur - jujurnya…

Photo AlbumTeater Asyura - FTK 09Aug 25, '09 3:30 AM
for everyone
ddd
dThumbnaild
ddd
" Tentang sesuatu apa pun kamu berselisih maka keputusannya (terserah) kepada ALLAH (yang mempunyai sifat-sifat demikian).Itulah ALLAH tuhanku.KepadaNyalah aku bertawakal dan kepadaNyalah aku kembali. "
(surah Asy-syura ayat ke 10 )

Photo AlbumAKRAB - Pertandingan Pengkisahan KenegaraanAug 9, '09 8:54 PM
for everyone
ddd
dThumbnaild
ddd
Berbekalkan semangat ingin mencuba sesuatu yang baru dalam bidang seni,Akrab telah menyertai Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan 2009,dengan penyertaan oleh :
1 . Saipol Bahari Mohd Iman
2 . Wan Suhari Wan Senu
3. M. Yushazizi Yusuf
Alhamdulillah.... berkat doa semua AKRAB berjaya meraih kemenangan
JOHAN PERINGKAT NEGERI KEDAH 2009
NAIB JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN
Terima kasih juga buat semua yang telah memberi sokongan dan bantuan dalam menjayakan penyertaan Pengkisahan Kenegaraan 2009..

Seni dan Budaya Manifestasi Bangsa
Saipol Bahari mohd Iman

Blog Entryakrab JOHAN festival teater negeri kedah 2009.Aug 8, '09 12:51 AM
for everyone
Akrab telah berjaya menjadi johan pada festival teater 2009.selain daripada itu akrab juga dapat meraih anugerah PENGARAH TERBAIK tak lain tak bukan saudara SAIPOL BAHARI A.M.N dan PELAKON WANITA TERBAIK adalah PUAN SITI SALWANI (WANI).malam yang penuh gilang gemilang itu menyaksikan betapa kuasa akrab masih utuh di persada seni negeri kedah.
saudara saipol bahari a.m.n (pengarah terbaik)berkata walaupun akrab berjaya mendapat johan tetapi beliau masih kurang berpuas hati dengan persembahan para pelakonnya dan beliau sendiri mengaku bahawa persembahan pada malam itu adalah sebuah persembahan yang kurang bertenaga.dengan latihan persediaan 7 hari(seminggu) dan tidak sampai 24jam keseluruhan berlatih sehingga hari persembahan,mendapat tempat pertama adalah sebuah kejayaan yang besar.saudara saipol bahari a.m.n telah merangkul lebih 5 tahun berturut-turut anugerah pengarah terbaik juga berkata bahawa beliau munkin tidak akan mengarah lagi pada festival teater akan datang dan akan memberi laluan pada bakat baru untuk mengarah.
puan siti salwani (wani) telah merangkul pelakon wanita terbaik berkata,anugerah pelakon wanita terbaik itu adalah rezeki anaknya.beliau bersyukur dengan anugerah itu dan akan terus memperbaiki lakonan untuk peringkat penilaian nanti.
pengerusi akrab saudara wan suhairi wan senu yang tidak dapat menghadiri malam anugerah tersebut kerana berada di pulau pinang.beliau bersyukur kerana akrab telah mendapat johan walaupun latihan yang diikuti oleh para pelakon hanya seminggu,dan  itu menunjukan bahawa semua ahli akrab bersatu dan bersemangat untuk terus melangkah.
untuk membawa skrip as'syura itu adalah keputusan disaat akhir oleh pengarah dan otai-otai akrab dan dipersetujui oleh semua ahli akrab.kemahuan pelakon dan kesungguhan tenaga produksi dan usaha keras tenaga teknikal telah berjaya mendapat hasil yang begitu indah.
hairi dan krew-krewnya telah bertungkus lumus untuk siapkan set dan segala kelengkapan sebelum dan pada hari show.satu kerja yang baik dan amat dihargai dan keputusannya akrab berjaya mendapat JOHAN pada peringkat negeri kedah.

ddd
dThumbnaild
ddd
latihan para pelakon dan persiapan set oleh tenaga teknikal akrab.

Blog Entry'as-syura' kembaliJul 28, '09 12:14 PM
for everyone
'as-syura' kembali memeriahkan festival teater negeri kedah pada tahun 2009.setelah bermuzakarah sesama ahli maka lahirlah semula as-syura pada festival teater tahun ini.
tanggal 11hb julai ahli2 akrab telah berbincang untuk memutuskan sama ada ingin masuk festival teater tahun 2009 ini atau tidak.pada malam itu keputusan tidak dapat dibuat.              tanggal 12hb julai keputusan sepakat bersetuju untuk masuk dalam ketogeri terbuka dan monolog.
14hb julai perbincangan hangat untuk memutuskan skrip yang bakal dibawa oleh akrab pada festival tu nanti.antara skrip yang dicadangkan ialah..
'sangkar madu'
'waiting for godor'
'topan'
'pelantar'
'selamat jalan anak kafir'
'salahkah aku membunuh'
16hb julai majlis cabutan undi untuk festival teater kedah berlangsung di taman budaya negeri kedah dan akrab telah mendapat nombor 4 dari 7 kumpulan.akrab telah menukar jadual undi dari nom 4 dengan uum yang mendapat nombor 3 atas dasar kawan dan persahabatan.maka tetaplah persembahan akrab pada tahun ini pada tarikh 2hb ogos 2009 [ahad] yang mana persembahan monolog jam 8.00 malam manakala ketogeri terbuka pada jam 9.00 malam.
pada malamnya perjumpaan semua ahli untuk memaklumkan jadual persembahan akrab.
walaupun jadual telah dapat namun skrip yang nak dibawa untuk kedua-dua ketogeri masih belum putus.
17hb julai 09, latihan pertama teater dijalankan dirumah akrab tepat jam 8.00 malam dan berakhir jam 12.00 malam walaupun skrip masih belum diputuskan.
18hb julai 09, latihan berjalan pada jam 8.30 malam dan berakhir jam 12.30 malam.setelah tamat latihan semua ahli akrab berbincang bagi memutuskan skrip yang bakal dibawa.
perbincangan berlarutan hingga jam 5.30 pagi.
19hb julai 09, perjumpaan dan latihan teater berlangsung di pentas warisan taman budaya.perbincagan antara wan,bahari dan nami untuk memutuskan untuk membawa skrip 'as-syura' pada festival tahun ini atas sebab2 tertentu dan semua ahli bersetuju sebulat suara.
20hb julai 09, latihan bermula jam 2.00 petang di rumah akrab.analisis skrip dan watak oleh saipol bahari dan group teknikal berbincang untuk persiapan set.latihan tamat pada jam 6.00 petang dan bersambung pula pada jam 8.00 malam di taman budaya dan tamat pada jam 12.00 malam.pada malam tersebut kak sue telah membuat kenduri [nasi goreng pataya] untuk semua ahli 29 orang.malam itu juga wan berbincang bersama-sama ahli bagi memutuskan untuk membawa skrip 'kerana kasut' bagi ketogeri monolog.



Blog EntryPemimpin Datang Dan PergiMar 31, '09 1:03 AM
for everyone
Akrab telah selamat melalui persidangan akrab untuk sessi 2008/2009. Sekali lagi Imam imam akrab bertukar ganti di kalangan sahabat. Pertukaran dalam suasana yg nyaman dan damai, kerana saling memahami halatuju akrab harus lebih jauh dan mampan dalam dunia persembahan pentas. Tahniah kepada mereka yg telah dipilih (Wan Suhairi & Saipol Bahari) kerana sememangnya anda adalah imam besar akrab yg cukup disegani dan disayangi oleh semua. Jangan pusing belakang, langkah terus biar tidak berlari kerana berjalan tanpa henti juga bisa buat kita sampai ke destinasi.

Blog EntrySaat Hamlet di khatankan....Jun 11, '08 6:24 PM
for everyone
Malam tadi sessi latihan penuh bersama pelakon dan korus. Latihan penuh apabila semua barisan pelakon dah mula bersiap dari poket masing-masing bersama setiap mentor. Bertepatan dengan falsafah tugas pengarah adalah membuat pilihan bukan membuat latihan. Nah, sekarang terpulang kepada pengarah untuk membuat pilihan , buang yang mana dan ambil yang mana. Pengarah dan artistik telah bersepakat dengan konsep dan pola persembahan. Cuma atur dan kemaskan. Tugas ini bukan mudah. (tanya la pegawai khalwat...bukan mudah kan). bagaimana mahu membuat pilihan dan kesimpulan.

Sekali lagi hamlet dipersoalkan " tak apa ke 'highlight' melayu ni ?" tak nampak perkauman ke? Jelas ada kerisauan di sesetengah wajah. Aku kata kalau bayaran persembahan ini kita terpaksa di hukum atau di singkir dari pertandingan, maka hukum lah...singkirlah. Andai mempersoalkan kepincangan dan kelemahan bangsa kita satu kurang ajar, biarlah kita kurang ajar sedikit. Ulasan Pengarah lagi pedas sehingga memaksa untuk aku tidak 'quote' kan disini. Kita bukan ahli politik yang ada ruang di parlimen atau rostrum kukuh untuk berucap soal bangsa. Kita cuma hanya ada pentas yang sekangkang kera ni sahaja. Maka kita gunakan lah.

'Simbol-simbol dalam ni adalah subjektif, terpulang pada interprestasi masing-masing' ...kalau nanti yang kamu nampak putih itu hanya sebidang kain dan lampu merah ini hanya sekadar biasan cahaya...nah itu lah dia nya. Kalau ada orang lain melihat lain...itu haknya. Kalau berpakaian kostum melayu bersama 'crown' inggeris itu agak membadutkan, nah ...badut la yang kamu dapat. Tetapi andai ada pandangan lain itu juga hak dia.

Apa relevan nya tanah lumpur tu dengan entry ini? Tidak ada apa ....cuma dulu dilumpur itulah mereka telah bina bangunan yang kini bukan milik kita. Tetapi lumpur itu dulu milik kita.

- safuan

* terima kasih kepada semua rakan-rakan grup teater bebas utara , yang tak putus putus memberi sokongan - kita cuma ada pentas kawan kawan ... kita gunalah.

Photo AlbumGambar sekitar penilaian HamletJun 5, '08 10:20 PM
for everyone
ddd
dThumbnaild
ddd
Kepada rakan2 yang tak sempat hadir ke persembahan hari tu, di sini ada beberapa gambar sewaktu penilaian.

Blog Entrylatihan HAMLET ke FTM2008 sudah bermulaJun 4, '08 3:04 PM
for everyone
Membawa panji panji negeri bukanlah satu tugas mudah buat kami (AKRAB).Terlalu berat. Namun berat ini dipikul bukan sahaja oleh seluruh 25 tenaga produksi malah turut dipikul oleh semua kakitangan Jabatan Kebudayaan, kesenian & Warisan Negeri Kedah serta para AKRAB Fans dan para rakan rakan grup indies teater kawasan utara. Terima Kasih semua.

Tidak ada kelainan yang ingin dijanjikan, tidak ada kelebihan yang ingin dipersembahkan sebaliknya kami hanya membawa satu suara kenapa harus ada dendam. Hamlet kali ini hanya difokuskan pada persoalan dendam dan kesan nya.

Pada saat ini kami hanya ingin menyatakan hanya kerana Dendam sultan kita mula dicabar, hanya kerana dendam Melayu semakin hilang sifat tuan, hanya kerana dendam kita melebarkan ketawa orang lain, hanya kerana dendam kita bersorak kejatuhan, hanya kerana dendam kita mungkin hanya akan tinggal baju melayu yang di tempah di kedai cina.





ddd
dThumbnaild
ddd
Festival teater Malaysia 2008 akan bermula pada 14 Julai 2008. Akrab telah mewakili Kedah Darulaman sebagai antara 5 Negeri yang terpilih. Semoga persembahan AKRAB kali ini membawa sedikit wadah buat pemikir yg penonoton nanti. Bukan kemenangan yang AKRAB cari.

Photo Albumprojek JV ngan KEREKUL kat Tasik BandingMar 27, '08 6:25 PM
for everyone
ddd
dThumbnaild
ddd
Bila rekreasi dan kebudayaan digabungkan lahirlah modal insan... kononnnnnn

Photo AlbumPhoto Album 2008-03-24Mar 15, '08 1:51 AM
for everyone
ddd
dThumbnaild
ddd

EventKLK Teater di UUMMar 13, '08 12:30 AM
for everyone
Start:     Mar 15, '08 09:00a
Pada hari sabtu ni AKRAB ada bersama student ko koriukulum teater UUM. Beberapa ahli akrab terlibat sebagai fasilitator.

Linkorang kampung blogFeb 10, '08 6:31 AM
for everyone
Link: http://gengmana.blogspot.com/

all about teater, rasa, hati, mata dan telinga

Blog EntryMOHRAM ; AntarssukhaFeb 4, '08 4:24 PM
for everyone
Lagu lagu ni menarik Link

Blog EntryPerjumpaan Tak Rasmi AKRAB & BAKAWALEEFeb 4, '08 12:20 PM
for everyone
Selesai menonton persembahan menarik Bakawalee "cumbuan dosa semalam" beberapa wakil AKRAB (Wan da big bro, Bahari, Meow, Hairi de de , Penghulu Lan & Safuan) telah di bawa ke muka pengadilan santapan di Kapitan oleh Grup Bakawalee. Beberapa ketul ayam dan kebab telah menjadi mangsa kami pada malam itu. Kami sedar bahawa ayam ayam tersebut tidak bersalah, tetapi dek kerana lapar rasa bersalah itu kami ketepikan dulu....makan time.
       Impian untuk Tea session dengan Bakawalee telah lama terpendam. Impian untuk bertukar maklumat, idea, fikiran, aliran dan cerita telah sedikit terlaksana. Kesempatan ini digunakan sebaiknya. Maka tercetuslah idea untk memproduksikan satu teater dengan gabungan 3 negeri Penang, Kedah & Perlis. Gabungan ini amat bermakna buat kami dalam membuktikan bahawa grup teater melayu boleh bersatu. Biarpun berbeza aliran tapi kita akan sepadankan, biarpun berbeza pendapat tapi kita akan muafakat, biarpun berbeza pentas selama ini kita akan satukan lantai lantai itu. Yang paling penting ... biar pun berbeza perlakon selama ini , kali ini kita akan cantum cantumkan (hahahahhaha).
      Gabungan Indies Teater Utara ini biarlah membuka mata banyak pihak bahawa kami masih bernyawa dalam dunia pementasan ini. Seharusnya ada pihak yang sedar bahawa inilah kumpulan anak anak muda yang turut sama memikir masalah nasional, cuma beza nya platform kami bukan di Dewan Parlimen tetapi sekadar di Auditorium kecil. Suara dan karya anak anak muda ini bukan pekikan kosong, bukan laungan hampa dan bukan keluhan yang dipaksa paksa. Ini keluhan anak anak muda yang sedar apa yang berlaku disekeliling mereka. Sekurang-kurangnya suara mereka didengari 300 penonton.
       Seperti pesan Rasululllah s.a.w andai kamu tahu kamu akan mati esok hari sekurang kurang nya tanam lah sebatang pokok hari ini.

Kita jumpa lagi.
anjang aka ibnuzaki.


ReviewReviewReviewReviewTheater Cumbuan Dosa Semalam by BakawaleFeb 4, '08 1:21 AM
for everyone
Category:Other
Adalah satu kemaluan besar (hahahahahah kemaluan tuuuu) bagi AKRAB mengunjungi pementasan BAKAWALEE. Malu kerana setelah lama berkenalan inilah kesempatan yang julung kalinya AKRAB dapat ke Penang menyaksikan persembahan mereka. Berbeza dengan BAKAWALEE yang tak putus putus memberi sokongan kpd AKRAB dalam majoriti pementasan nya. Sorry guys....sorrry sangat sangat, kalau nak mencari alasan ada 1000 alasan tetapi hakikatnya pada waktu show show kowang sebelum ni selalu saja korum tak cukup untuk ke Penang, dan kadang kadang ada pertembungan job. Yang ni betul. hahahahahahaha.

Ok, bertolak 5 jejaka tampan lagi hensem dengan sebuah kereta buruk ke Penang tepat Jam 6 petang. Susah kalau dalam satu kereta ada videographer, ada fotographer...sebab perjalanan tu akan sikit delay....hahahahaha sampai butterworth dah dalam golden hour. Berhenti tangkap gambar dulu then sambung balik perjalanan.

---------
Cumbuan Dosa Semalam kaya dengan idea. Itu pandangan saya secara peribadi (safuan). Seronok sebenarnya bermain dengan kolaj atau "requirement" bergini. Secara teknikal keseluruhan nya memang menarik idea menamatkan setiap babak dalam spot yang sama menarik . Tetapi makna spot akhir itu telah diperjelaskan semasa sessi viva bahawa itu adalah spot "akibat", "balasan", dan kesan keatas apa yang mereka lakukan. Bagi saya spot akhir itu adalah titik kehancuran pada setiap dosa....cuma kehancuran itu hanya nampak pada beberapa babak sahaja. Itu pandangan saya. Tetapi da technical idea itu menarik.

Aspek lakon adalah amat penting dalam setiap persembahan pentas. Seorang pelakon yang baik boleh meruntun rasa penonton walau di pentas yang kosong. Rata - rata pelakon Cumbuan Dosa Semalam mempunyai bakat yang besar dan telah menunjukkan sedikit kilauan yang tersembunyi. Tetapi ada beberapa babak lakonan nya agak melayang dan seperti kata Saipol Bahari terlalu berlakon. Namun bagi saya ini bukan lah masalah besar bagi Bakawalee, kerana Bakawalee mempunyai ramai otai-otai yang boleh menggilap mereka.

Seperti pada babak suami yang panas baran. Terlalu banyak body contact (pukul) dengan penuh perasaan. Scene pukul isteri dengan jiwa dan muka yang menepati mood pada ketika itu amat beharga bagi saya. Pada saya jika ia di hidangkan kerap kepada penonton ianya akan menjadi biasa. Sebab adegan tu cukup menarik dan memberi kesan pada awalnya. Itu hanya pandangan saya.

Watak ibu yang hilang pertimbangan amat menarik. Kebijaksanaan pengarah teserlah apabila meletakkan babak ini diakhir.


LinkSENI ITU OKSIGENKU...........Feb 3, '08 9:45 PM
for everyone

Blog EntryHamlet akan ke KLFeb 3, '08 5:42 PM
for everyone
Alhamdulilah....hanya itu kata kata yang dapat kami ucapkan. Terima kasih kepada allah s.wt kerana memberi semangat, idea, dan yang paling utama kesihatan. Pada kawan2 yang banyak membantu, pada semua Northern Indies Teather Group yang tak putus putus support kami, Grup2 theater Penang, Perlis....fuhhhhhh banyak kalau nak sebut. Kepada semua produksi tahniah dan terima kasih semuanya kerana komitmen kalian.

Kami tak pernah menjangkakan langsung...(honestly), rata rata sahabat-sahabat grup lain yang bertanding di peringkat penilaian adalah grup grup yang amat kami hormati dan kagumi. Siapalah AKRAB kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Kita tidak bertanding sebenarnya tetapi kita di pertandingkan...hahahhahahaa...(betul ke)...marah KEKWA nanti.

Sepekara yang membuat kami tidak meletak harapan, apabila ada juri yang berpendapat sindiran pementasan ini terlalu fokus kepada sesuatu yang hampir dengan jiwa bangsa melayu (pada yang dapat ...dapat lah, pada yang tidak ...tidak lah AKRAB tak memaksa sudut pemerhatian kalian). Yup....memang dilakukan begitu....kerana ada benarnya. Oleh sebab itu AKRAB hanya menganggap HAMLET versi AKRAB ini hanya sekadar persembahan sahaja bukan untuk dipertandingkan.

latihan untuk ke kebangsaan belum lagi bermula, director masih mencari sisipan persembahan yang baru (sekadar menokok sedikt dari yang sebelum ini).

Membaca karya Shakespeer membuat kan kita mencari cari karya karya beliau yang lain. Hanya itu yang dapat diungkap bila selesai memahami HAMLET.

Photo Albumsukaneka akrabJan 31, '08 9:28 AM
for everyone
ddd
dThumbnaild
ddd
AKRAB telah mengadakan program anak angkat dan sukaneka di Kubang Menerong Padang Sera.

NoteGuestbook
   
dafrina wrote on Aug 17, '09
Semua kejadian,betapapun parahnya,
pasti berhubungan langsung dengan kelapangan
dalam waktu yang terdekat.....
Teruskan perjuangan....
jebatkopisusu wrote on Aug 14, '09
aku nak balik...tolong
jebatkopisusu wrote on Sep 27, '08
selamat hari raya kepada semua ahli AKRAB...maaf zahir & batin
nextchapter80 wrote on Sep 10, '08
apa xtvt raya nnti??? kali ni ble ar join hari raya AKRAB - kalau buat tahun ni.... nak cuti lama sket raya tahun ni...
kerekul wrote on Sep 1, '08
bestlah hamlet malam final tu...
nextchapter80 wrote on Aug 10, '08
is...
apa2 hal direct aku punya site...
nextchapter80.multiply.com
jebatkopisusu wrote on Aug 4, '08
takdak update ka?
nextchapter80 wrote on Jul 29, '08
online???
jebatkopisusu wrote on Jul 24, '08
Dah tamat satu persembahan...good job....like most human civilization...we are at the peak only when we work together...we will fall when we.......? Bukalah mata.....bukalah hati....pasang telinga...minda yang suci....
nextchapter80 wrote on Jul 22, '08
kawan2....
hukuman da jatuh...
keputusan dah buat....

aku pn xpuas hati walaupun keputusan dah buat, hukuman dah jatuh....

almono wrote on Jul 14, '08
malam esok adalah penentuan...... kalah atau menang bukan itu matlamat sebenarnya....janji hasilkan yang terbaik, supaya persembahan akrab tersemat di hati peminat2 teater dan otai2 teater di sana.....kalau menang jangan lah digah, kalau kalah biarlah ada maruah.....bersungguh2 la rakan2ku demi persatuan dan negeri, hanya doa diiringi bersama.....jumpa di mtc esok....
kerekul wrote on Jul 10, '08
kami juga datang pada preview ari2, kami juga trus kagum, dan sperti biasa kami akan bertambah kagum pada festival nanti... tapi apa yg penting nilai kekaguman nilai AKRAB itu sendiri.... gerak! gerak! gerak! hingga ke puncak kekaguman......... yes!!!
almono wrote on Jun 30, '08
aku mintak cuti demi akrab, sokongan padu akan diberi untuk akrab...hei dat.....hang jaga hang heheehehee....cover line yekk....
ryzmah wrote on Jun 30, '08
chaiyok3...
nextchapter80 wrote on Jun 28, '08
kawan2....

selamat berjuang...

jumpa di KL...

"peace, love n respect"
kerekul wrote on Jun 9, '08
AKRABest.....
jebatkopisusu wrote on Jun 6, '08
aku doakan kejayaan akrab.....tapi....kejayaan ka yg akrab perlu? banyak kali dah akrab dapat kejayaan.....apa yang akrab tak dapat? Semoga kejayaan kali ini membawa bekalan yang tak pernah dapat tu untuk persatuan akrab....
hiwayplus wrote on May 21, '08
best betui p water park s.petani ari tu,pas ni nak pi pulau perhentian n pulau tango kat trganu plak.nak menyelam kat sana memang best punya.kalau nak join jom la....daftar cepat.
almono wrote on May 10, '08
tahniah pada semua yang berjaya dipilih untuk produksi hamlet, buat la bersungguh-sungguh demi kejayaan AKRAB, kami akan membantu dari belakang dan menyokong anda semua.....AKRAB BOLEH!
025295 wrote on May 9, '08
aloo u alll semua... ex peguam dakwa MONOLOG 2oo1 kembli ke festival teatr malysia 2008!!! nantikan kemuculan sayer hahaha...timer kash berbayak en bahri kerna mash percaya bakat kiter untk merancakan lagi produksi HEMLET!!!!! ingat sekelian warga akrab,kerigat kiter bukannyer murah,demi teatr kita bangkit!! demi maruah,pasti kita juara thn ne .insyaalllah....kita perlu juahh,kata emmmm............tul kan?
Pages:123